@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)
Kuantan, Pahang
CHAPTER I - THE JOURNEY BEGINS
Pengembaraan aku ke Kuantan bermula dengan menyusui Sungai Lembing, Pahang. Kehijauan hutan amat terasa di sini.
Jambatan gantung yang agak menyeramkan menghubungkan kedua-dua bahagian kampung. Terdapat lebih dari satu jambatan gantung di sini (berdasarkan pemerhatian dan kiraan sendiri).
CHAPTER II- THE FORGOTTEN CITY (EL DORADO OF THE EAST)
Pengembaraan aku membawa aku tiba di bekas sebuah lombong bijih timah dunia. Khazanah jutaan ringgit mungkin masih tersimpan di sini.
Sebuah keretapi kecil (di bina semua) menunggu pengembaraan di muka hadapan pintu kawasan lombong tersebut. Sekiranya anda bernasib baik, pelombong budiman yang akan membawa anda masuk (seperti gambar di bawah).
Keadaan di dalam lombong ini agak tenang dan mempunyai sistem ventilasi yang agak baik kecuali apabila anda sudah sampai 500 meter ke dalam gua, keadaan menjadi agak panas.
Info lanjut : Sungai Lembing Mines
CHAPTER III - THE CHARAS CAVE
Selepas penat melombong (aku cerita sekerat je, malas nak taip), aku meneruskan perjalanan aku ke Gua Charas yang terletak sebelah timur laut dari Sungai Lembing (lokasi ni aku tangkap muat je).