BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Anda terlalu ceria dan gembira. Inginkan sesuatu yang bosan dan mampu menggugat keceriaan anda serta menyebabkan anda berasa bosan dan tidak bermaya. TAHNIAH~ Anda telah tiba di blog yang benar-benar bosan. Tahap kebosanan telah diiktiraf JKKK Tanah Malaya, Borneo Utara dan Kepulauan Timor Leste.

powered by nuffnang~

Tuesday, December 25, 2012

Walk to Thailand~

@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)

How to travel from Malaysia to Thailand by walking?

Step 1 - Head north toward Kedah and keep walking. 
Alor Setar, Kedah Darul Aman

Step 2 - Turn left onto Perlis and keep walking.
 
Timah Tasoh, Perlis Indera Kayangan

Step 3 - Destination reached.
 Thailand!!!

::Padilchan Trivia::
Elephant-shaped Mount Keriang, Kedah Darul Aman

Sometime you have to use your imagination. It can make your day much more exciting and interesting.

Sunday, December 16, 2012

cycling on the island

@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)
Pulau Ketam, Selangor Darul Ehsan

Salam~

Last public holiday (time cuti keputraan Sultan Selangor. even i worked at negeri sembilan tapi still mengamalkan cuti negeri selangor. haha~), miss Wonder and me went to Pulau Ketam, Selangor (klik untuk info). Pulau Ketam terletak di Perlabuhan Klang dan bersebelahan dengan Pulau Babi (rujuk Google map). Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina. So kami ke sana sebagai kaum minoriti (perlu ke??).

Naik boat wey!!!

Sebelum sampai sana, penat aku imagine macam mana rupa pulau ni. Hasil tindakbalas kimia yang berlaku dalam kepala hotak aku, maka terhasilah sebuah imaginasi yang sangat mantap.

Pulau Ketam
Klise sangat imaginasi aku ketam dengan pokok kelapa di bahagian belakangnya. 

btw, kenapa kalau cerita pasal pulau mesti kaitkan dengan pokok kelapa? kenapa tidak pokok betik ke? pokok durian ke? mari berfikir. urm~

mari berbasikal untuk menyihatkan badan

pulau ni takde la besar sangat. just nice. one and only aktiviti yang kitaorang buat adalah berbasikal tak tentu hala di kawasan pulau tersebut. dengan kadar bayaran RM 5 per basikal, kami menyewa sebijik basikal je. haha~ bapak la kedekut.

so, dikepilkan bersama-sama ini beberapa keping gambar pengembaraan kami.

bajet pergi melancong ke China.

 gambar bersama ketam (cari ketam kalau pandai)

Wednesday, December 12, 2012

badak mengganas

DENGKIL - Seorang pelancong telah dikokak kepalanya oleh seekor binatang semi-akuatik di sini semalam. Haiwan spesis badak (Hippopotamus amphibius) itu telah bertindak liar setelah pelancong dari Myanmar itu cuba mencium haiwan tersebut. Beliau terus dikejarkan ke klinik yang berhampiran dan menerima dua jahitan di hati. 

Kalau takut dilambung ombak.. jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut dikokak badak.. jangan cuba mencium badak
-Karam Singh Walia


::Fakta Nombor:: 
Hippo boleh memecut sehingga 30km/j untuk jarak dekat. Kau boleh??

Monday, December 10, 2012

Ini cerita pasal menara

@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)
Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

Salam~

Last weekend aku pergi ke Teluk Anson @ Teluk Intan setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Salah satu tarikan pelancong di Teluk Intan adalah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini sebenarnya tegak tetapi beberapa tahun selepas pembinaan siap, menara ini senget. Sebab apa?? Alkisahnya begini~

**Opening music lagu drama Melayu Klasik**

Lebih sekurun yang lampau berlaku satu pergaduhan antara raksasa kelembai dengan ultraman. Beberapa siri tembakan dan tendangan mereka terkena pada menara ini lalu menjadikan menara ini senget.

Kedudukan menara yang masih tegak semasa pergaduhan bermula.

Sekian~ 

Leaning Tower of Teluk Intan
(Image source: From Padilchan To You)

::Fakta Nombor::
Menara Condong Teluk Intan adalah bangunan 3 tingkat (bukan 7 tingkat yek) yang memiliki 110 anak tangga.

Friday, December 7, 2012

Kelate Deh~

:: AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA :: 
INI ENTRY LAMA. PASTIKAN ANDA BERSEDIA MEMBACA CERITA-CERITA BASI. SEBARANG MASALAH YANG TELAH, SEDANG ATAU AKAN TIMBUL TIDAK AKAN DILAYAN. PEMILIK BLOG PUN ADA MASALAH SENDIRI YANG TAK SETEL-SETEL LAGI.


Salam~

Dua tiga empat lapan bulan lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Satu pengalaman yang menarik walaupun aku di sana hanya kurang dari 24jam (jadual pack wooo, nak balik Perak). Jadi salah satu tempat yang aku pergi kat sana adalah Restoran Chim Chum (klik untuk info lanjut) yang terletak di tepi sebuah jalan di negeri Kelantan. Alkisahnya begini.

Padilchan bersama-sama dengan supir Ted.

Ted (nama pemandu pelancong), "Maghi make deh~". 

Padilchan (nama pelancong), "Make?? Make ape???". Buat-buat tak paham. Bajet London sangat time tu. Haha~ 

"Makan la bodoh!!!" kata Ted dengan penuh sopan santun persis seorang Bangsa Melayu. 

"Owh, cakap la makan. Ok, nak makan kat mana??" jawab Padilchan dengan penuh ghairah keriangan. Makan dan makanan cukup untuk membuatkan nafsu makan aku bergelora.

"Kite g makan Chim Chum nak x??" tanya Ted.

"APA???? Chim Chum??? eh, tak pandai la aku nak makan Chim Chum Kum tu." jawab Padilchan.

"Tidak mengapa. Mari saya ajarkan." balas Ted.

**Bunyi opening music rancangan 5 rempah 5 rasa**

 Mula-mula kita sediakan radas dan bahan-bahan masakan seperti yang terdapat dalam rajah di bawah.

Kemudian panaskan seketul lemak haiwan yang hahal lagi baik (lemak ayam kot. aku rasa la, haha~) atas radas tersebut.

Setelah sekian lama, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam radas tersebut.

Padilchan menunjukkan skill memasak kepada awam. Ingat pesanan ini, jangan campurkan makanan laut dengan makanan darat. 

Udang dan sotong hanya boleh berenang.

Lembu dan ayam hanya boleh buat tanning.  
  
Dengan sekelip mata, bahan-bahan tadi pun habis.
 
:: IKLAN :: Tengok lemak yang tadinya putih sekarang sudah menjadi hitam. Begitulah juga hati kita. Kalau sentiasa terdedah dengan hal-hal yang panas (panas di sini merujuk kepada perkara-perkara yang mungkar), hati akan menjadi semakin gelap.

Tapi ingat, walaupun makan secara bufet (lupa nak bagi tau, Chim Chum menyediakan makan secara bufet), kita sebagai Bangsa Melayu mestilah mengutamakan kesopanan dan kesusilaan ketika makan. Lihat buktinya yang Padilchan ni Melayu.

KEMAS, BERSIH dan LICIN~

Nasihat daripada Padilchan kepada semua. 
JANGAN MEMBAZIR!!! MEMBAZIR ITU SAHABATNYA SYAITAN

Sekian, melaporkan (tetiba~).

Sunday, November 11, 2012

Best men on duty~


Best men for booking, please contact me.

Tuesday, July 17, 2012

only @Klia2

 
jangan biarkan diri anda diselebungi misteri~

Saturday, July 14, 2012

life update.

salam.

just some word for myself or maybe not.

in this world, you can't get everything you want. but you still can try to get it. so please don't give up.


Get ready for Ramadhan.

Wednesday, June 20, 2012

compact powder for padilchan

salam~

after a long long long time blog nie terbiar, hari nie aku rajinkan diri untuk berblog. akhirnye, aku xperlu gusar lagi dengan broadband celcom or digi yang kekadang dapat coverage kat rumah aku nie. semalam aku tekad mencari, menyervey dan membeli sebuah compact powder (ape kaitan aku pun xpaham) yang mampu mengubah masa depan aku. saksikanlah....



xleh lak nak upload gambar. Haha~

Sunday, May 20, 2012

after a while

Setelah sekian lama aku ta update blog, akhirnya aku mempunya masa untuk mengupdate blog. (bajet busy sgt) via - ipad

Friday, April 13, 2012

fly again~

Time to fly again.

Coming soon
"Journey to the East"

Tuesday, March 27, 2012

aku bercherita~

cherita 1

kantoi dengan bos. ngular tengok kapal terbang turun naik.

cherita 2

laptop aku rosak. duh~

cherita 3

esok aku choti.

cherita 4

aku nak iPad.

cherita 5

aku bercherita.

Monday, March 26, 2012

forever alone~


I feel really damn tired and drained!!!


Laziness is nothing more than the habit of resting before you get tired. Sometimes the most important thing in a whole day is the rest we take between two deep breaths. Am I right???

::nota kuku kaki::

Aku klik "What does your Birthday color say about you?" kat Facebook. Resultnya;
  1. You are inconstant as far as your feeling are concerned.
  2. You are compulsive loner and like to travel a lot.
  3. You are credulous. Its hard to find love for you. Once you stumble upon love, you get lost in it easily.

Macam betul. Tapi betul ke???

Friday, March 9, 2012

jangan buat mereka ketawa II

Kau membisik, kau memanggil

Kau cuba mengheretku ke ruang fantasi

Bicaramu menggoda, semua bagai indah

Hanya madah sia-sia, Racun berbisa

Salam.

I love this song. "Itu Ini Begitu Begini" by Mirwana ft Altimate. Haha~ Buat promosi lagu lak. Ok back to title entry. kali ini setelah sekian lama aku bercerita kembali.

Alkisahnya begini. Setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Nilai, aku dan dua lagi kawan aku bergerak kembali ke site. Nak dijadikan cerita, kembara kesayangan aku WGU 613 tiba-tiba mati tengah jalan.

Panik attack!!!!

Ya, Allah!!! Ujian-Mu memang tidak diduga.

Kereta aku statik tanpa gerakan. Aku padang belakang. Hadoi~ kereta dah berderet. Bayangkan aku duduk lane paling kanan. Jalan tiga lane. Ya TIGA lane. So, tindakan pantas aku adalah dengan menyalakan hazard light then buka pintu sebelah. Try start balik kereta. Haram satu bunyi pun tak keluar.

Aku check apa yang perlu then terus call bos aku, senior aku dan seorang mekanik. Time call mechanic, aku dengan confident berkata "Bos, kereta saya broke down tengah jalan la. Bateri kong. Tolong bawa bateri yek".

Lepas hampir 15minit berpanas dalam kereta tersebut, aku tengok member aku letak tangan pada picu transmisi automatik aku.

Ya Allah!!!

Kebodohan aku terselah. Picu pada D. Memang tak boleh start la kereta. Bukan salah bateri. Salah aku!!!! Aku dengan pantas terus tarik picu ke N. Start enjin, turun break, terus gerak.

Gah, there are no words to describe what happened next and what I feel~

Sunday, March 4, 2012

Back to Kemensah~

Back to Kemensah~

ATV Adventure

Semalam hujan lebat, hari ini pergi Kemensah cuba ATV. Sangat mencabar. Nasib baik la ada experience bawa 4 wheel drive dalam site, so boleh la dipraktikkan. Haha~

No picture taken because I'm too excited to go there. Camera?? Left behind in the car.


p/s: sebenarnya takde sape nak amek gambar aku. sedih~

Tuesday, February 28, 2012

Langkawi Full Day Trip

Langkawi Full Day Trip
(PART I ONLY)

The Jetty - somewhere near Awana Porto Malai

Pulau Ted Buncit Dayang Bunting

"Betul ke lepas minum air nie boleh pregnant?? Nak try la." tanya beliau dengan penuh teruja.

Slim borderline between the lake and the sea. The lake is not salty even though the distance from the sea is merely 30 meter.
Wow Miracle Border!!!

ABANDONED ENTRY AGAIN!!!!!

Monday, February 27, 2012

Langkawi Full Day Trip (Promo)

::Coming Soon::
(Kalau saya rajin update)

Monday, February 20, 2012

Time to Take a Rest

flight ticket?

checked

car rental?

checked

activities?

checked

budget?

urm... ted!!!!

Tuesday, February 14, 2012

mari membebel~

1. Tolong jangan menunjukkan kebodohan anda secara keterlaluan.


2. Orang memang dah tahu anda bodoh tapi anda masih mahu menunjukkan kebodohan anda.

3. Adakah anda bodoh (sombong)?

4. Kadang-kala aku terasa dipimpin oleh sekumpulan orang bodoh (sombong).

5. Dan kadang-kala aku terasa aku memimpin sekumpulan orang yang bodoh (sombong).

6. Tapi mungkin aku yang bodoh sebenarnya.

7. Sekarang aku hanya mampu ketawa.

8. Haha~

::Nota kaki:: Aku sudah malas membaca akhbar~

Saturday, February 4, 2012

hanya yang terbaik~

aku harapkan hanya yang terbaik.

berharap mendegar khabaran yang gembira.

sekian~

Wednesday, January 11, 2012

new header

salam~

at last, my new header. after a long time, baru sekarang aku berhajat mahu menukar header blog ini. snap gambar, edit lebih kurang, upload. by the way, photo by ME again!!!!! haha~


Port Dickson, Malaysia

korang nampak tak pakcik yang sedang menjala ikan di tengah laut. gigih gile pakcik tu menjala. time tengahari rembang.

Monday, January 2, 2012

new year again~


Salam~

"Nobody can go back and start a new beginning but anyone can start today and make a new ending"

This year resolutions

Spend more time with family

Get fit

Eat healthily

Connect with friends and meet new friends

Learn something new

and the biggest resolution

BE GOOD GREAT MUSLIM.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails