Hai makcik-makcik (especially untuk cinonet)~
Semperna dengan bulan ramadhan al-murbarak nie, aku ingin mengajar anda semua cara membuat bergedil. Ape itu bergedil???? Menurut wikipedia 'Bergedil' merupakan sejenis makanan yang berasaskan kentang dan
amat mudah sekali disediakan dan senang untuk dimakan especially bagi kanak-kanak (ko le tu yek cinonet).
Pest step, rebus/goreng kentang terlebih dahulu. Next, tenyeh kasi lumat. Apter dat, masukkan daging or ayam (ikot kesukaan sendiri tapi aku lebih prefer udang) ke dalam kentang tadi. Untuk menambah rasa tambahkan garam dan lada sulah (nak agi besh masukkan sos lada hitam). Masukkan juga daun sup dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan kepal-kepalkan menjadi bentuk kegemaran anda (leh buat segi tiga ke, bulat ke mahupun leper... up to u la bak kate orang puteh). Kemudian celupkan dalam telur then masak la sehingga masak... Bagi yang sukakan bergedil hangit bercream boleh le membiarkan bergedil tersebut lama-lama atas kuali sambil menyanyi lagu dangdut.
Sekian. Selamat mencuba~