BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Anda terlalu ceria dan gembira. Inginkan sesuatu yang bosan dan mampu menggugat keceriaan anda serta menyebabkan anda berasa bosan dan tidak bermaya. TAHNIAH~ Anda telah tiba di blog yang benar-benar bosan. Tahap kebosanan telah diiktiraf JKKK Tanah Malaya, Borneo Utara dan Kepulauan Timor Leste.

powered by nuffnang~

Tuesday, December 25, 2012

Walk to Thailand~

@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)

How to travel from Malaysia to Thailand by walking?

Step 1 - Head north toward Kedah and keep walking. 
Alor Setar, Kedah Darul Aman

Step 2 - Turn left onto Perlis and keep walking.
 
Timah Tasoh, Perlis Indera Kayangan

Step 3 - Destination reached.
 Thailand!!!

::Padilchan Trivia::
Elephant-shaped Mount Keriang, Kedah Darul Aman

Sometime you have to use your imagination. It can make your day much more exciting and interesting.

Sunday, December 16, 2012

cycling on the island

@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)
Pulau Ketam, Selangor Darul Ehsan

Salam~

Last public holiday (time cuti keputraan Sultan Selangor. even i worked at negeri sembilan tapi still mengamalkan cuti negeri selangor. haha~), miss Wonder and me went to Pulau Ketam, Selangor (klik untuk info). Pulau Ketam terletak di Perlabuhan Klang dan bersebelahan dengan Pulau Babi (rujuk Google map). Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina. So kami ke sana sebagai kaum minoriti (perlu ke??).

Naik boat wey!!!

Sebelum sampai sana, penat aku imagine macam mana rupa pulau ni. Hasil tindakbalas kimia yang berlaku dalam kepala hotak aku, maka terhasilah sebuah imaginasi yang sangat mantap.

Pulau Ketam
Klise sangat imaginasi aku ketam dengan pokok kelapa di bahagian belakangnya. 

btw, kenapa kalau cerita pasal pulau mesti kaitkan dengan pokok kelapa? kenapa tidak pokok betik ke? pokok durian ke? mari berfikir. urm~

mari berbasikal untuk menyihatkan badan

pulau ni takde la besar sangat. just nice. one and only aktiviti yang kitaorang buat adalah berbasikal tak tentu hala di kawasan pulau tersebut. dengan kadar bayaran RM 5 per basikal, kami menyewa sebijik basikal je. haha~ bapak la kedekut.

so, dikepilkan bersama-sama ini beberapa keping gambar pengembaraan kami.

bajet pergi melancong ke China.

 gambar bersama ketam (cari ketam kalau pandai)

Wednesday, December 12, 2012

badak mengganas

DENGKIL - Seorang pelancong telah dikokak kepalanya oleh seekor binatang semi-akuatik di sini semalam. Haiwan spesis badak (Hippopotamus amphibius) itu telah bertindak liar setelah pelancong dari Myanmar itu cuba mencium haiwan tersebut. Beliau terus dikejarkan ke klinik yang berhampiran dan menerima dua jahitan di hati. 

Kalau takut dilambung ombak.. jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut dikokak badak.. jangan cuba mencium badak
-Karam Singh Walia


::Fakta Nombor:: 
Hippo boleh memecut sehingga 30km/j untuk jarak dekat. Kau boleh??

Monday, December 10, 2012

Ini cerita pasal menara

@padilchan Hours
(Your Trusted Travel Guide)
Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

Salam~

Last weekend aku pergi ke Teluk Anson @ Teluk Intan setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Salah satu tarikan pelancong di Teluk Intan adalah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini sebenarnya tegak tetapi beberapa tahun selepas pembinaan siap, menara ini senget. Sebab apa?? Alkisahnya begini~

**Opening music lagu drama Melayu Klasik**

Lebih sekurun yang lampau berlaku satu pergaduhan antara raksasa kelembai dengan ultraman. Beberapa siri tembakan dan tendangan mereka terkena pada menara ini lalu menjadikan menara ini senget.

Kedudukan menara yang masih tegak semasa pergaduhan bermula.

Sekian~ 

Leaning Tower of Teluk Intan
(Image source: From Padilchan To You)

::Fakta Nombor::
Menara Condong Teluk Intan adalah bangunan 3 tingkat (bukan 7 tingkat yek) yang memiliki 110 anak tangga.

Friday, December 7, 2012

Kelate Deh~

:: AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA :: 
INI ENTRY LAMA. PASTIKAN ANDA BERSEDIA MEMBACA CERITA-CERITA BASI. SEBARANG MASALAH YANG TELAH, SEDANG ATAU AKAN TIMBUL TIDAK AKAN DILAYAN. PEMILIK BLOG PUN ADA MASALAH SENDIRI YANG TAK SETEL-SETEL LAGI.


Salam~

Dua tiga empat lapan bulan lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Satu pengalaman yang menarik walaupun aku di sana hanya kurang dari 24jam (jadual pack wooo, nak balik Perak). Jadi salah satu tempat yang aku pergi kat sana adalah Restoran Chim Chum (klik untuk info lanjut) yang terletak di tepi sebuah jalan di negeri Kelantan. Alkisahnya begini.

Padilchan bersama-sama dengan supir Ted.

Ted (nama pemandu pelancong), "Maghi make deh~". 

Padilchan (nama pelancong), "Make?? Make ape???". Buat-buat tak paham. Bajet London sangat time tu. Haha~ 

"Makan la bodoh!!!" kata Ted dengan penuh sopan santun persis seorang Bangsa Melayu. 

"Owh, cakap la makan. Ok, nak makan kat mana??" jawab Padilchan dengan penuh ghairah keriangan. Makan dan makanan cukup untuk membuatkan nafsu makan aku bergelora.

"Kite g makan Chim Chum nak x??" tanya Ted.

"APA???? Chim Chum??? eh, tak pandai la aku nak makan Chim Chum Kum tu." jawab Padilchan.

"Tidak mengapa. Mari saya ajarkan." balas Ted.

**Bunyi opening music rancangan 5 rempah 5 rasa**

 Mula-mula kita sediakan radas dan bahan-bahan masakan seperti yang terdapat dalam rajah di bawah.

Kemudian panaskan seketul lemak haiwan yang hahal lagi baik (lemak ayam kot. aku rasa la, haha~) atas radas tersebut.

Setelah sekian lama, masukkan bahan-bahan tadi ke dalam radas tersebut.

Padilchan menunjukkan skill memasak kepada awam. Ingat pesanan ini, jangan campurkan makanan laut dengan makanan darat. 

Udang dan sotong hanya boleh berenang.

Lembu dan ayam hanya boleh buat tanning.  
  
Dengan sekelip mata, bahan-bahan tadi pun habis.
 
:: IKLAN :: Tengok lemak yang tadinya putih sekarang sudah menjadi hitam. Begitulah juga hati kita. Kalau sentiasa terdedah dengan hal-hal yang panas (panas di sini merujuk kepada perkara-perkara yang mungkar), hati akan menjadi semakin gelap.

Tapi ingat, walaupun makan secara bufet (lupa nak bagi tau, Chim Chum menyediakan makan secara bufet), kita sebagai Bangsa Melayu mestilah mengutamakan kesopanan dan kesusilaan ketika makan. Lihat buktinya yang Padilchan ni Melayu.

KEMAS, BERSIH dan LICIN~

Nasihat daripada Padilchan kepada semua. 
JANGAN MEMBAZIR!!! MEMBAZIR ITU SAHABATNYA SYAITAN

Sekian, melaporkan (tetiba~).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails