Parit Raja, 23 Feb - Sebuah lori tangki yang membawa muatan penuh minyak kelapa laut afrika terbalik selepas bergesel dengan sebuah kren yang di pandu laju dari arah yang bertentangan. Kejadian yang terjadi jam 3.30 petang (waktu tempatan) menyebabkan pemandu lori tersebut terperangkap di dalam kepala lori tersebut selama beberapa jam selepas berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba yang di import khas dari Uganda Utara. Pemandu kren tersebut pula telah hilang dari tempat kejadian dan dipercayai telah melarikan diri.
Ketika ditemui, Encik Suparman Jantan mencerita saat-saat cemas kejadian kepada pihak media. Sebaik saja tiba di kawasan kejadian beliau telah digesel pantas oleh kren yang bergerak dari arah bertentangan. “Akibatnya, lori yang saya pandu terbabas lalu terbalik di kiri jalan,” katanya. Encik Suparman Jantan merupakan pemandu lori tangki yang terselamat.
Berikutan itu, sebanyak 10,920 liter minyak kelapa laut afrika yang dimuatkan dalam lori tangki tersebut tumpah di atas jalan dan kebakaran kecil telah terjadi. Bagaimanapun keadaan menjadi terkawal setelah pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian dan melakukan semburan buih. Tindakan pantas pihak bomba melakukan semburan buih berjaya mengelak kebakaran kecil lori tangki terbabit daripada merebak.
3 comments:
ko mmg xde keje eh??haha...nk tgelak aku bce entry ko ni
xde keje mendenye wey. tu task tyme kelas incident management and accident investigation le.
ade 0 lg x kelas tu???nak join gak...hohohohoho :P
Post a Comment