BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Anda terlalu ceria dan gembira. Inginkan sesuatu yang bosan dan mampu menggugat keceriaan anda serta menyebabkan anda berasa bosan dan tidak bermaya. TAHNIAH~ Anda telah tiba di blog yang benar-benar bosan. Tahap kebosanan telah diiktiraf JKKK Tanah Malaya, Borneo Utara dan Kepulauan Timor Leste.

powered by nuffnang~

Friday, December 24, 2010

life update~

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

haha~ tetiba mula entry dengan lagu bangsa johor. ini bukan menunjukkan yang aku telah bertukar kerakyatan negeri. aku tetap orang perak wooo. kejo yop kejo~ more story akan menyusur kemudian. aku tengah ketandusan ayat-ayat cinta yang sesuai.

update: lepas aku baca kembali entry ini baru aku perasan yang aku telah jadi more and more skemA. haha~

Wednesday, December 8, 2010

QWOP - hilarious game ever

korang handal dalam acara acapan balapan terutamanya lari 100meter? adakah korang memang sure yang korang pandai sangat acara tu? serius? kalau camtu try this game. then baru cerita balik kehandalan korang kat aku.

klik sini [Olympic Game]

haha~ serius hilarious tahap dewa gaban ke-10

aku main game nie sampai terlentang. bodohnye orang. kaki lembik. xsekolah. haha~

this entry contains hidden text

Tuesday, December 7, 2010

jangan buat aku ketawa II

salam. selamat menyambut maal hijrah 1432 (betul ke kiraan aku nie). aku berharap semoga semua bahagia dan baik-baik saja sepanjang tahun baru ini. ok back to business, semalam aku terima satu miss call aka panggilan rindu dari satu nombor yang tidak dikenali. lepas beberapa puluh minit kemudian tergeraklah hati aku untuk menayakan empuya nombor tersebut siapakah gerangan beliau. so aku dengan penuh sopan pun sms.

"salam. leh tau nie number sape???
anyway kenapa miss call tadi"


then after beberapa minit, aku pun terimalah balasan dari nombor tu.

"nie miera ke?"

argh, sah-sah salah nombor nie. terlintas kat fikiran aku. so aku pun bertindak mengabaikan sms tersebut (bazir kredit wooo, lebih baik aku sms orang lain). aleh2 dalam setengah jam kemudian (tyme nie aku dah nak tido... ngantuk weh... makan banyak sgt semalam), aku dapat satu lagi sms dari nombor tu.

"sorry lupe jawab salam... wsalam"

(--") ... terus speechless. aku yang pelik atau beliau terlalu bersopan. jangan buat aku ketawa~

korang rasa tidak kelakar? ada aku kesah. haha~

Saturday, December 4, 2010

aku menulis

aku sedang menulis

sementara menunggu aku menulis

lawatlah blog ini dahulu

lukisan lukisan comel

Rog's Blog

Friday, November 26, 2010

new life new story (ku berharap)

representasi berbeda

perspektif sama

dari

sains kesihatan bersekutu

ke

kejuruteraan awam dan alam sekitar

langkah aku perlahan

tapi bersyukur

aku masih mampu melangkah

haha~

Saturday, November 20, 2010

point by point

please take note, ini entry tidak bermotif. harap maklum~

1. aku ingin mengucapkan salam aidiladha. walaupun sudah hampir 2 hari berlalu. haha~

2. selamat ulang tahun kelahiran kepada kamu (21 november) dan kamu (22 november). both of you make my life more exciting and colorful. really mean it.

3. good luck t0 my sister. jawab lah SPM nanti dengan sebaik mungkin. semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

4. tahniah kepada miss ted kerana telah menerima slip gaji. jawatan *%*^(^%* manager kan??? mantap le.

5. untuk perhatian semua parking lot adalah satu petak yang telah dikhaskan untuk meletakkan kenderaan. bukan untuk meletakkan manusia/kereta sorong bayi/makcik-makcik/troli barang. harap maklum.

6. tahniah yuna!!!

7. aku sudah ketandusan idea sekaligus menatijahkan perbuatan mengabaikan blog ini. so see you when i see you. haha~

Friday, November 12, 2010

kenapa aku benci karaoke~

kenapa aku benci karaoke?

yay~ aku ditempat yang ke 286. Top 300

haha~ jawapannya mudah. kerana aku pekak tone aka tone deaf. bak kata juri-juri akademi fantasia, "off key la. cuba lagi tahun depan". dan dalam bahasa pasar yang kasar, "hey, ko nyanyi sumbang le wey. suara keldai lagi sedap".

memang tugas aku menyumbangkan lagu setiap kali berkaraoke with my family. so if berkaraoke, aku lebih gemar menjadi penonton @ nyanyi dalam hati je dari melalak tak tentu pasal. tapi kadang-kadang tu layan gak. pedulik ape aku. haha~

so korang nak berkaraoke depan laptop@pc??? ~klik sini~

Wednesday, November 10, 2010

jangan buat aku ketawa

semalam hari paling bosan. entah kenapa tetibe aku mengkaji akaun Nuffnang aku. setiap link aku klik. setiap detail aku kaji. belek punya belek tetibe aku ternampak sesuatu. haha~

klik gambar untuk paparan yang lebih kacak

apa korang carik, apa korang fikir. haha~ aku pun tak pasti. apa yang korang harapkan? terjumpa gambar berahi aku? takpun video lucah aku? haha~ cari la blog lain. berlambak blog lucah di luar sana.

jangan buat aku ketawa~

::update:: tak kacak pun kalau klik gambar tu. haha~

Monday, November 8, 2010

jimba jimba tyme

last friday

aku, cik shah & mr wana pergi berjimba jimba di tepian pantai...

'abang, kerusi tiga. letak kat depan tu yek. bawah pepohonan rhu tersebut~'

lepak

gosip

suci cuci mata

haha~ sangat tak bermotif pemergian tersebut...

then shopping di bandar Lumut

anyway, terupdate la sikit pengetahuan alam sekitar aku (tetibe~)

Padilchan menitipkan belasungkawa kepada cik shah atas pemergian ayahandamu.

Padilchan bersimpati juga atas hal yang berlaku kepada seorang gadis comel yang tabah. you deserve much much better than him actually.

&

Tahniah mr wana atas kelahiran menatang oren dalam hidup anda. boleh la aku g penang nanti.

::related entry::

Monday, November 1, 2010

mari belajar sejarah~

punca kejatuhan kesultanan Melayu Melaka

rasuah

kronirisme

cukai yang tinggi

ketidakjujuran

"A nation that forgets its past is doomed to repeat it."
- Winston Churchill

Thursday, October 21, 2010

until next time

I wanted a perfect ending.

Now I've learned, the hard way, that some poems don't rhyme, and some stories don't have a clear beginning, middle, and end.

Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next.

~Gilda Radner

Thursday, October 7, 2010

Abandoned People~


aku buntu

kehidupan aku noktah

Monday, October 4, 2010

selamat pengantin baru. tahniah cin0netchan~

Selamat pengantin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu
selamat sejahtera

Semoga berkekalan
semoga berpanjangan
semoga satu tujuan
semoga aman

Hidup mestilah rukun
sabar paling perlu
cinta setiap hari
senyum mesti selalu..
oh~oh~oh~

Selamat pengantin baru and tahniah cin0netchan kerna menerima seorang lagi ahli keluarga yang baru. Makin meriah le nanti rumah kamu yek.

Next time if nak wat reunion please make sure you use your own money yek... g carik keje... ape kelas gune duet parent agi.
-Kak Syah

haha~ lancang sekali mulut kamu yek. if disabled tu buat cara disabled people juga yek. sekian~(btw bukan nye ko bace blog aku... so aku ape peduli)

Sunday, October 3, 2010

please don't call me pakcik~

Tatkala aku pergi mengambil barang dalam kereta, aku di sapa ramah oleh seorang budak yang asyik bermain basikal di hadapan rumah aku, "Hai pakcik." Aku hanya mampu tersenyum.

What the he**~
Hey budak!!! mulut xde insurans ke??
Me???

Pakcik???

OMG~

Just turned 23 and i'm still young.

Nobody gonna say a young boy of 23 years is old right??? gee~

Tuesday, September 28, 2010

I'll give it my best shot !!!

I need to work hard... Try a little more harder than before...

I'm a great believer in luck and I find the harder I work, the more I have of it.
~Thomas Jefferson

WISH ME BEST OF LUCK!!!

Saturday, September 25, 2010

32 going on 34

arghh~~

need to do something

Monday, September 20, 2010

hari ini aku bermonolog


tatkala aku masih terkapai-kapai mengejar kehidupan, insan lain sudah mampu bergembira dengan hasil usaha mereka. kini aku sudah ditinggalkan berbatu-batu oleh waktu. kapan aku mampu mengejarnya kembali. mungkin rezeki masih belum berpihak kepada aku.
-hati kecil

"pakcik tunggu le... penat dah nie... jangan le jalan laju sgt..."

Thursday, September 2, 2010

How to make BERGEDIL~

Hai makcik-makcik (especially untuk cinonet)~

Semperna dengan bulan ramadhan al-murbarak nie, aku ingin mengajar anda semua cara membuat bergedil. Ape itu bergedil???? Menurut wikipedia 'Bergedil' merupakan sejenis makanan yang berasaskan kentang dan amat mudah sekali disediakan dan senang untuk dimakan especially bagi kanak-kanak (ko le tu yek cinonet).

Pest step, rebus/goreng kentang terlebih dahulu. Next, tenyeh kasi lumat. Apter dat, masukkan daging or ayam (ikot kesukaan sendiri tapi aku lebih prefer udang) ke dalam kentang tadi. Untuk menambah rasa tambahkan garam dan lada sulah (nak agi besh masukkan sos lada hitam). Masukkan juga daun sup dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan kepal-kepalkan menjadi bentuk kegemaran anda (leh buat segi tiga ke, bulat ke mahupun leper... up to u la bak kate orang puteh). Kemudian celupkan dalam telur then masak la sehingga masak... Bagi yang sukakan bergedil hangit bercream boleh le membiarkan bergedil tersebut lama-lama atas kuali sambil menyanyi lagu dangdut.

Sekian. Selamat mencuba~

Photo::link::

Thursday, August 12, 2010

update soon~

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

Semoga sentiasa diberkati ALLAH.

Thursday, August 5, 2010

pengembaraan seorang penganggur (edisi patriotik)

dropped entry

Sunday, August 1, 2010

convocation day (updated)

9 OGOS 2010

Convocation day

akhirnya aku akan melangkah masuk ke alam barzakh pekerjaan.

"poyo la lu mat, orang laen smue dah keje... ko sorang je yang belum keje... PEMALAS!!!!"

Tuesday, July 20, 2010

alone & still alone...

Somewhere, something incredible is waiting to be known.
-Carl Sagan

*Koff koff koff... Berhabuk gile blog ni. Tu le pasal orang lain nak wat blog, ko sebok jugak nak buat blog. Kan blog ko dah jadi saling tak tumpah cam projek gajah putih je. haha~

Wednesday, June 23, 2010

_aku skandal_


Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.

haha~ tetiba aku wat skandal...

Sunday, June 20, 2010

joblessness

menanti cahaya harapan

The people who do not get jobs are often the most vulnerable in our society, and joblessness is a terrible plight for anyone who suffers from it.
~Tim Bishop

Monday, May 24, 2010

welcome home PSP

haha~

after a long wait

finally!!!

thanks apyt

Friday, May 14, 2010

a week after...

FRIDAY

genap seminggu aku menganggur di rumah.

sleep at one

wake up at ten (sometime nine. yay~)

haha~

anybody yang ada rencana (aktiviti), please let me join in.

anybody yang ada kerja kosong, please let me know.

&

anybody yang ada makanan lebih, please give it to me!!!

lala~

Tuesday, May 11, 2010

How friendship breaks?

::AMARAN::
kombinasi gambar dengan isi entri adalah tidak berkaitan langsung
TAPI peduli ape aku. haha~



::padilchan freed::

Both friends will think the other is busy

And will not contact thinking it may be disturbing

As time passes both will think let the other contact

After that each will think why i should contact first?

Here your love will be converted to hate

Finally without contact the memory becomes weak

They forget each other

kalah main bowling with en tedy dan en suky. sangat sedih. i hate being a loser. huhu~

original post here

Tuesday, May 4, 2010

padilchan junior

malaysia memang sejuk... haha~

nutin' much yang aku hendak bebelkan.

just wanna to say "yay~ akhirnya aku hampir bergraduasi."

buke jahitan takde la sakit sangat seperti yang diperkatakan oleh ucop. "satu jahitan satu kali cucuk pisau ditangan". tersangat hiperbola perumpamaannya.

Saturday, May 1, 2010

skut puaka~

skut yang tetibe berdarah...

sangat puaka!!!


Wednesday, April 28, 2010

up, up and away!!!!

dengan penuh bangga!!!!

rempit kew aku???

jahitan di dagu & luka di tangan...

besh wo!!!

apa yang aku ingat

jatuh, dagu, cermin, polis, bau getah, jahit

jahit dagu tak sakit

cuma korang akan rasa seperti korang adalah seekor ikan yang terkena tali pancing!!!!!

ok aku dah tak tahu nak taip apa...

haha~
(menangis dalam ketawa)

sayangilah diri anda dan ingatlah orang yang tersayang!!!! sayang dagu juga~
pesanan khidmat masyarakat daripada padilchan~

Tuesday, April 20, 2010

aku menangis~

all about tyme~

seawai 7.15 pagi aku berbaris.

8.30 pagi kaunter tiket buka.

almost 90 minit aku dalam barisan.

tak bergerak. tak berganjak.

mempertahankan hak aku.

hampir berputus asa.

akhirnya

aku menangis!!!

haha~

xde la... after plus minus 100 minute aku berbaris penuh kesabaran

i got my number giliran untuk mengambil tiket

bayangkan berbaris jam 0715

number giliran aku 097

wtf... jam berapa perlu aku mula beratur semata-mata untuk mendapatkan number giliran 001

tyme nie i olredi got my tiket!!!

very nice experience, beratur bersama2 tourist yang laen semata2 untuk mendapatkan tiket limited edition (only 1800 tickets per day) Wat a lucky day!!!

tengok tag aje... yang laen xyah observe... thanks~

p/s: more picture please check my facebook. my friend olredi upload it. thanks.

Sunday, April 18, 2010

memikirkan masa hadapan...

salam~


it's tyme for me untuk memikirkan mengenai masa hadapan aku... (selama ni xpenah pikir n insaf, haha~)...

but before dat when abis viva aku akan cuba mendeletekan beberapa perkara dan manusia yang hanya mendatangkan masalah dan tidak membawa erti dalam kehidupan (so guys if ak dah lupa korang dalam tahun tahun mendatang maknenye korang leh blah dari idop aku)... haha~ ayat agak kejam tapi kejam agi if korang tikam orang dari belakang rite... wah aku sudah start bebel...

"According to recent forecasts, members of the class of 2010 are going to earn less money in their first year of work than 2009's college graduates--and 2010's grads are among the likeliest in recent history to continue living at home with parents."
sedang asyik membelek-belek yahoo! news suddenly aku terbaca satu artikel yang hampir menarik minat aku untuk terus membaca. paling tak boleh blah ayat "continue living at home with parents", salah ke?? for me, nothing wrong with that. bak kata orang kampung aku, kill two birds with one stone. mencari kehidupan sambil berbakti.

*to be continued...


entry tanpa motif exactly just wanna to kill some time wif dis stupid stuff.

Sunday, April 11, 2010

hanya mengomel~

sedang asyik membaca nota-nota kualiti dan keselamatan makanan tetiba aku teringat pada seseorang (mungkin juga dua tiga atau empat). Gosh~ please!!! hate this kind of feeling. make me feel so lonely.

I really miss you and i want you

but

i can't have you even you're here

duh~

Wednesday, April 7, 2010

ada apa pada nama???

salam~
(very 1st tyme i greet properly in my entry)

Disebabkan terlalu bohsan menaip, mengedit dan memikirkan ayat bahasa melayu yang paling indah untuk penulisan penyelidikan tahun akhir aku, aku telah membuat sesuatu yang sia-sia. People said that your name says about your character and personality. Jadi aku tanpa membuang masa (eventho' tengah buang masa) aku analyze all name yang selalu digunakan dan aku guna. Hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut

Persis ayat thesis Bab IV dan Bab V
“Padil”

Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.

“Fadzil”

Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong (monolog: kepochi exctly).

“Mohamad Fadzil”

Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu (monolog: ayat apekah ini?? & advance le sangat).

“Mohamad Fadzil Abd Rahim”

Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal (monolog: aku tau la aku xberapa cerdik pastu ayat akhir xyah la mengampu).

“Mohamad Fadzil bin Abd Rahim”

Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara (monolog: kene jadik penjual ikan la nie yek???).

“Padilchan”

Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara (monolog: wow~ pelik sama cam name penuh).

“Padilchan Junior”

Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan (monolog: betoi tu sgt susah).

and last but not least,

“***”
aka panggilan di rumah haha~

Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama kekasih misteri (monolog: kene carik yang xmisteri yek??? huhu~ xbesh la...).

p/s: i like yang akhir sekali~

Tuesday, April 6, 2010

Ekspedisi Taman Negara

::entry2entry marathon::

last weekend, aku join ekspedisi taman negara... nuting much to tell ya... anyway aktiviti separa lasak yang aku lakukan sepanjang weekend tersebut adalah seperti berikut:

persis soklan xm la pulak ayat aku

Rapid Shooting
penyebab T707 aku lemas lalu terpaksa menerima rawatan intensif

Ekspedisi Bukit Terisik @ Ekspedisi "Santai Bodoh2 Jew"
puncak tertinggi adalah 344m dari paras laut... sian aku tengok kengkawanku yang kelelahan

Night Jungle Walk
yehaa~ can see kancil n rusa live dari bumbun...

Canopy Walk
nope bad la but hate end of the track... apekah?? tetibe dari aras yang tinggi terus turun bawah guna tangga... dur~

Santai Lubok Simpon
persis Hutan Amazon

More picture??? Just belek my facebook then tunggu my colleague tag my face yek... haha~

::HAPPYoMETER:: 4/5

Monday, April 5, 2010

::keranda:: antara tradisi dan misteri

::entry2entry marathon::

"wah, takutnye melihat mayat yang ditanam di atas pokok tersebut." kata padilchan

went 2 muzium negara lol petang tadi. got pameran keranda: tradisi dan misteri there. start from 1st april till 20th june. admission fee just RM2.
apekah?? nak tengok keranda pon kene bayar
so if u guys berminat or got nutin to do n hav to do sumting(like me xleh dok diam t gile), korang leh la pergi muzium tengok pameran
bapak bohsan idea aku
haha~ wanna to upload banyak2 gambar but still xdpt gambar dari cameramanku... so aku upload kat facebook jew yek t... anyway thanks to cik wana yang memberitahu kewujudan pameran seperti itu... luv u... haha~

::HAPPYoMETER:: 3/5

my 100th entry~

yay~ my 100th entry...
(padahal org laen yg baru wat blog pon, entry sampai 100++)


H2O + T707 = huhu~





::coming soon::
entry2entry marathon

Sunday, March 28, 2010

no title

did u recognize...

photo by siti liyana thanks~

Saturday, March 27, 2010

Fairy Tales nyte~

blog version
(just the same thing at facebook)

me, my junior & ...

me & captain hook (kowt la~)

please dun kill me Queen~ Im just a cute, fluffy little angel~

just look like a fairy...

me and sis ester

sakaiest junior yg pernah wujud dimuka bumi...
haha~ (aku pon dah jadi kinda of sakai)

Theme: 3.5/5
Food: 2/5
OVERALL: 5.5/10 (just ok!!)

anyway thanks for da event...

Thursday, March 25, 2010

dinner mood~

26th March 2010

theme Fairy Tales

venue Lorong Haji Taib

coming soon~



haha~ our final annual dinner as a student and padilchan wishing you (the organizer) best of luck

Friday, March 19, 2010

aku hilang seri~

aku mula hilang seri.

mungkin ini boleh membantu mengembalikan keserian aku.


haha~

monolog si padilchan: sejak bile lak ko nie berseri ha padil???

Ko ingat ko chantik??? (Ted 2010)

Monday, March 8, 2010

sayangku tak normal~

yesterday

aku melayani sayangku

setelah sekian lama aku meminggirkannya

baru aku sedari sayangku tidak normal

sayang~

you make me sad and i was wondering why...

what could be wrong with you sayang

please sayang~ please please me...

till now

i've done anything to make you normal again but my brain is totally fried

exhausted with your karenah..

duh~

sesiapa yang hebat guna spss, marilah membantu aku yang sudah buntut buntu ni... aku butuh pertolongan kamu T.T

Friday, March 5, 2010

hanya tulisan

Hari-hari aku selalu terfikir,

"wah, sonotnye jadik si pulan si pulan!!"

"kalu la aku dia kompem idop aku gumbira"

"aku lah diva!!!" (mencurik ayat ted)

"nape la aku tak cam si jenab tu"

tapi semakin lama aku fikir, semakin aku terasa lebih baik menjadi diri sendiri. ya diri sendiri!!! sebab apa?? aku gembira hidup begini. jalannya mudah tidak bersegi, walupun sekali dua hidup aku berduri.

dengan bangganya

aku tetap

Mohamad Fadzil Abd Rahim

be yourself!!!

Always be a first-rate version of yourself, instead of a second-rate version of somebody else!!!
~ Judy Garland

Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn't do than by the ones you did. So throw off the bowlines, sail away from the safe harbor, catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.
~ Mark Twain

aku sudah hampir ke penghujung.

Saturday, February 27, 2010

today was my day!!! yay~

complimentary tea from Secret Recipe


ted dun be so jealous wif me k. me olredi save up to RM5 today..


by the way got a promotion from Secret Recipe
"tea time special"
(please dun ask me when dis promotion akan tamat)

upload by padilchan@blogspot

Click for more information about Secret Recipe

Tuesday, February 23, 2010

the ingredients of beer (edited version)

malt

roasted barley

hops

yeast

&

the most important ingredient 95% of water

haha~

berbaloi tak korang tunggu???

Sunday, February 21, 2010

pabila papan kekunci berhenti menjerit...




dats mean ak sudah ketandusan idea merapu~



monolog si padilchan: my campus life sux... nak jadik gigolo la. cambest~

Wednesday, February 10, 2010

pabila udang menari~

monday nite

restaurant nelayan titiwangsa

seafood buffet

25.50++ (zira!!! we got much better price than u)

udang ketam sotong ikan assorted bebola sosej tembikai tembikai susu kacang jeruk manggo jus oren sky juice nasi putih nasi minyak kuih muih lauk pauk


~sekadar hiasan dalaman sahaja~


monolog si padilchan:: huhu~ berat ku naik 5kg minggu ni T.T

Tuesday, February 2, 2010

leteran ~versi mabuk!!!

#^$^(Y(&(#_(ANGER_)*(*^$#@$&^%#*^

(^!#^#%SAD&^%#&^LUV#&)*#)

^@&^@&^@&^@&$&^*_#!(_#*^(_#*^SYHIT&$^#)

seyes, ak minum air dalam gelas tuh~

DIA sudah mahu kahwin...

DIA balek tak jumpa aku...


%$%@#^!^(&DIZZY&)(!*)()

&^^%&^*&%$%*

still mabuk~

Friday, January 29, 2010

nine hours of insanity~

Friday nite fever~

-2100- Kampung Baru

-2130- Steven's Corner

"Ted~ tengok la jari i, tikus gigit" - said Mr P to ted with full of passion (wow, very da manja LOL~)

-2230- Danau Kota


Friday


-0000- Cheras

-0200- Damansara

wif ted @damansara... sori syuk gambar ko gegar2 xchantiq langsung~

-0400- Putrajaya

-0430- R&R Seri Kembangan (take a nap)

-0500- McD Titiwangsa

-0610- Bukit Nenas

-0700- Kampung Baru

and dat evening lak, aku g mabuk-mabuk minum-minum kat bukit bintang...


mabuk-mabuk di Sushi King... waiter sushi king tyme square SUX!!!

Wednesday, January 27, 2010

leteran ~versi pilihanraya kampus

'tak boleh bohong!'

tomorrow pilihanraya kampus?? aku bukannya jenis yang ambil pusing sangat pasal benda-benda camni... siapa pun yang jadi wakil... still cam tu gak aku tengok... noting much yang berubah...

1 malaysia 1 aspirasi... durrr please la~ updated la sangat...

we hope we change... kami harap kami berubah~

Saturday, January 16, 2010

me, firefly n nature

after 2 days ak mati kutu kebuhsanan (lab work & nyet nyet nyet)... finally, tyme for relax... wif paman (jangan marah yok,,, lala~) aku menghabiskan sisa-sisa sabtu kat sebuah daerah terpencil di Selangor (sangat terpencil dur~)

maka bermula la sebuah kisah

'sepetang di kuala selangor'


Bukit Melawati


paman begitu takut ngan monyet2 yang comel... haha~ muke kaku gile tgk monyet... nak snap gambar pon susah... anyway ak pon takut gak in da 1st place... lala~

monyet makan kacang panjang... wow bergaya~

Kunang-kunang Kampung Kuantan

best experience, nice view... ak berjaya naek sampan kecil cam gambar dibawah nie... haha~

come here little one~

BEST OF DA BEST

Food - KFC tetap jadi pilihan eventho' berlambak-lambak outlet KFC sekitar Kuala Lumpur haha~ xtau nak makan apa sebenarnya...

Transport - Tram Bukit Melawati. Kalah roller coaster. cuak gile~

Experience - Kunang-kunang Kampung Kuantan. So nice ala2 cam chistmas tree, mula-mula aku ingatkan lampu, then terbang-terbang lak menatang seko tu... so no doubt la menatang tu kunang2.

p/s - gambar kunang2 xleh snap sbb photography strictly prohibited. takut flash menakutkan kunang2 yang innocent tu...

Thursday, January 14, 2010

kampus sisa sifar~

dulu kami memang susah...


tapi



sekarang tidak lagi

terima kasih baja kompos cap alam flora~

baja kompos cap alam flora la yang mengubah idoop kami!!!

syukur syukur Alhamdulillah...

haha~

nope familiar wif dat??? dur~.... anyway i hate dat commercial..


p/s: sakai masuk bangunan canselori bangi camnie la jadiknye... xabeh2 nak snap gambar... final year baru dapat g sana kowt... merasa la jugak masuk bilek senat... haha~

Sunday, January 10, 2010

in-TERaksi~

our last jazz~ (dah tua aku yek... final year sudah)

congrats!!! event yang agak menarik untuk dikenang... crazy people stupid game~

musical chair
??? what da hell??? like an idiot berebut kerusi. lagu entah ke mana,, kerusi lak entah ke mana... siapa yang stupid sangat jaga music tu ha??

next aktivti 'mari mengangkang'... who's idea was it??? ask people to kangkang2 ditengah2 kepanasan.. da objective is group mana yang dapat kangkang paling panjang, they all menang la... dur~ please ban dis game next tyme...

by da way,, i thoroughly enjoy myself there... duduk and observe people... haha~

padilchan- "malas to write panjang2 lol~"

photo by julie & md noor

Monday, January 4, 2010

`10 resolutions

tyme for menzahirkan (in word yok, lala~) padilchan's resolution for year 2010!!!!

download more movie and drama download anime download music download download download (enough la~) graduate wif flying colors get a job go singapore (again) cuti-cuti malaysia menjadi anak soleh amal makruf nahi mungkar terbang di awan (bukan awan dania yok! betol kew ak eja tuh) buy PSP (really really mean it) buy a car (lokin' for mini cooper) learn language (especially bahasa melayu ak yang agak terkebelakang) cari jodoh (lala~) cari pasal play games sleep less than 6hours daily (selalunya ak tido 8hours, biasalah baby katekan) workout siapkan thesis berbogel dikhayalak ramai (haha~ kiddin) bla bla bla...

banyak lagi sebenarnya but that's all yang terlintas buat masa ni...

wif luv,
padilchan junior

Friday, January 1, 2010

10 common phrases~

happy new year!!! yay~ first entry ak untuk tahun 2009 2010... Lala~ so guys camne new year's eve?? besh x?? ak just dop lepak countdown wif my family depan tv sambil tgk 2009 korean award ape tah kat KBS tu... so ari nie ak nak cite pasal 10 common phrases yang ak asyik dop dapat sepanjang 2009... cite pasal resolution or sambungan '09 rewind tu next time ak wat... hehe~

10- 'padil, jom kuar'

bile nampak muke ak jew ajak kuar,,, asal muke ak jew ajak kuar... kalu korang support xpe lah... haha~

9- 'padil, ko dah gemuk'

whatever bro.

8- 'padil, ko dah makan belom?'

ha, tadi cakap ak dah gemuk skrunk ajak ak makan plak... doya~

7- 'padil, kelas ade x esok?'

ape gune ade jadual kalu asyik tanye jew ha??? bukan ak yang nak ngajar korang.. haha~ (dun take it serious guys lala~)

6- 'woi, cite jepon baru ape ko ada ha?? bagi ak'

satu soklan longkang.. ko ingat ak tokey cd??? jual cite.. download ar sendiri.. haha~

5- sambil tersenyum, 'padil kat mane yek skrunk, apis'

for ur information i'm not apis,, apis tu adek ak n ak xde abang yang lain yok.. adekah ak sudah bertransformasi ha??

4- 'mane satu adek, mane satu abang nie??'

jelas dan nyata yang ak kelihatan matang berbanding adik ak.. haha~

3- 'dah makan??? jom g makan'

by unknown person yang memang ak never know him/her before this... ko ingat ak ape ha???

2- 'yong jin quan li xie xia'

paham?? ak pon xpaham ape ak taip tu... so, as a conclusion i'm not chinese... lala~

1- 'la, ingatkan pompuan tadi'

woi, pompuan xde janggut yek.. sekian terima kasih...

HAPPY NEW YEAR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails