BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Anda terlalu ceria dan gembira. Inginkan sesuatu yang bosan dan mampu menggugat keceriaan anda serta menyebabkan anda berasa bosan dan tidak bermaya. TAHNIAH~ Anda telah tiba di blog yang benar-benar bosan. Tahap kebosanan telah diiktiraf JKKK Tanah Malaya, Borneo Utara dan Kepulauan Timor Leste.

powered by nuffnang~

Monday, December 26, 2011

Visit Perak 2012

-COMING SOON-

Tuesday, December 6, 2011

header punya cerita

salam~

For the last 2 years (2010 & 2011) baru lima kali aku tukar header. sedih sangat. haha~

please, go out and be creative la padil!!!

(September 2011 - Now)

(May 2011 - September 2011)

(March 2011 - May 2011)

(November 2010 - March 2011)

(September 2010 - November 2010)

Sunday, December 4, 2011

month of muharram


Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".
(Sahih Muslim)

Tuesday, October 18, 2011

home sick~

Feeling empty

useless

and

worthless.

Oh dear, i'm homesick.



::nota kaki:: i wish nothing but i'll find someone like you.

Monday, October 17, 2011

i'm single

I think, therefore I'm single.


picture by Dr.CintaPunyeBelog

Sunday, October 16, 2011

one two three...

one

theater

the secret life of nora, istana budaya

two

activities

night fever @port dickson
indoor archery

three

shopping time

Times Square
Sungei Wang Plaza
KLCC

four

restaurant and cafe

Heaven
Sushi King
Secret Recipes
Häagen-Dazs

Sunday, October 9, 2011

i'm not scared, i'm not afraid

I'm not scared of the dark
I'm just scared of what's in it

I'm not afraid of heights
I'm afraid of falling

I'm not afraid of the people around you
I'm just afraid of rejection

I'm not afraid of love
I'm just afraid of not being loved back

I'm not afraid to try again
I'm just afraid of getting hurt for the same reason

Tuesday, October 4, 2011

oktober sudah~

بسم الله الرحمن الرحيم

salam~

pejam celik pejam celik dah masuk bulan oktober.

selamat hari jadi kepada padilchan junior.

haha~

tinggal 3 bulan lagi untuk 2011 sampai ke penghujuang.

banyak lagi aktiviti yang perlu aku buat.

go go go...


::p/s::

anyone yang ada aktiviti menarik

please inform me

and

count me in

Friday, September 30, 2011

sushi king~

بسم الله الرحمن الرحيم

setelah hampir setahun aku hanya menangguk di air yang keruh, akhirnya aku tidak perlu lagi menangguk air mahupun mencari air yang mempunyai kadar turbidity yang tinggi untuk rasa bahagia.

akhirnya

Sushi King Card BONANZA RM2
-2012-

menjadi milik aku

lepas ni boleh g makan sushi sokmo!!!

haha~

aku gembira.


-すし-

i can't resist it

or

can i??

maybe~

nota kaki
menangguk di air yang keruh - mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan

Tuesday, September 27, 2011

one day one story

26th SEPTEMBER 2011

One day off
No Bangla No Nepal

One big day
Graduation day for my junior

One big surprise
got a box full with chocolate
thanks~ I love you chocolate

One big entertainment
bought a ticket to "The Secret Life of Nora"

One happy day
thanks dear

One special taste
RED WOK Bangi (Chinese cuisine)
SUKHUMVIT Kampung Baru (Thai cuisine)

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya???!

بسم الله الرحمن الرحيم

me brother and i

SELAMAT HARI RAYA.

MAAF ZAHIR BATIN~

Monday, September 5, 2011

tahniah~

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam~

Belum lewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ni (ada ke pembaca???). Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang telah menghantarkan kad ucapan hari raya kepada aku. Sorry aku tak sempat balas kad korang, maybe next year baru aku balas kad-kad korang. :) Ok, mood raya abeh sudey, dah start kerja pun sekarang nie (kerja cam lembu). Untuk entry kali ini aku ingin memberitahu kabaran yang gembira untuk semua.

Pertama tahniah kepada kakak kesayangan kami sekeluarga (Noor Hafizah Binti Abd Rahim) atas penerimaan rombongan risikan dari CIA Kuala Kubu Bharu. Semoga apa yang dirancang bakal berjalan dengan sempurna dan sebaik-baiknya serta di berkilokati Allah SWT.


Kedua tahniah kepada Nisa dan Acap (ex-KMPk TB 17) atas majlis resepsi korang semalam (4 September 2011). Korang sama cantik sama pendek sama padan. Bagai pinang dibelah halus. Haha~

pakcik tu sedang mencoba goda aku.
Tak baik sungguh aku memfitnah padahal kaki terseradung
time tu tengah cover malu.

Haha~


gadis yang makan nasi kenduri dua pinggan
+
jajan sampai habis satu balang


by the way gadis ke???

Monday, August 15, 2011

belajar dari mereka~

salam~

satu ketika aku bersembang dengan pekerja indonesia di tempat aku bekerja. aku tanyakan pada beliau umurnya. dia menjawab, "30tahun boss." terus aku berkata, "muda lagi, banyak yang boleh dilakukan lagi". tapi responku dibidas tenang oleh beliau, " kalau dikira dari hadapan memang nampak muda boss. katakanlah Allah beri masa saya hidup sampai 45tahun sahaja. jadi hanya tingga 15tahun sahaja baki sisa hidup saya boss. 15tahun tidak menjanjikan apa-apa boss." aku terus terkesima.

orang selalu cakap life begins at fourty. tapi kalau telah tertulis usia kita hanya sampai 40tahun, apakah sisa yang tertinggal untuk kita. masi sempatkah kita mengejarnya??? today it is half a truth. tomorrow it will be an axiom.

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'

Sunday, August 7, 2011

salam badak

Salam~

Bahang kehangatan lebaran telah mula dirasai (dirasai la sangat. cuti raya pun 3hari je). Entry kali ini aku ingin memperkenalkan


DODOL BADAK


Seratus peratus buatan bumiputra, diyakini halal dan pasti sedap sehingga terasa mahu mencari badak menjilatnya lantas mengambilnya sebagai binatang perliharaan.

Harga

1KG BADAK = RM16

500G BADAK = RM8
*tidak termasuk bayaran pos

Tempahlah sekarang dengan menghubungi @ sms nombor yang tertera di atas.

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

Thursday, August 4, 2011

salam ramadan~

SALAM RAMADAN

Whenever we think of ‘unproductive people’ during Ramadan, we think of people who waste time staying up all night watching TV, and sleeping the whole day till Asr (or sometimes right through to Maghrib!) They barely read Quran, don’t have time for charity, and rarely attend taraweeh prayers..

But there’s another type of unproductive person during Ramadan:

These are the workaholics, those who barely have time to worship Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) during Ramadan because they are so busy with life/work/family and everything else they are involved in. They too give no time to read the Quran, barely give charity, and taraweeh prayer is simply out of the question!

You may argue that this is not too bad, at least they are ‘productive’. But are they? Or are they wasting their Ramadan? In the grand scheme of things, if they died today, will all their ‘busy-ness’ benefit them or will it be a ‘waste’?

We need to be careful of this second type of unproductivity… it affects us all, especially those with busy schedules. Ramadan can easily slip from us due to our busy lifestyles and we’ll only regret it on the last day of Ramadan, so let’s not regret it this year!

-dipetik dari PRODUCTIVE MUSLIM-

Friday, July 22, 2011

Pesta Durian Perak 2011


PESTA DURIAN PERAK 2011
Bukit Gantang Perak
23 & 24 Julai 2011

Hujung minggu ni (23 & 24 Julai) akan berlangsung Pesta Dunia Perak 2011. Bagi sesiapa yang minat makan durian bolehlah meluangkan masa ke sana.


Tuesday, July 19, 2011

padilchan main telur~

Salam~

PADILCHAN
Wow~ handsome sangat

JEJAKA Y

Senyum

PADILCHAN

Boleh pegang?

JEJAKA Y

Boleh

::Excited sangat. Dapat terus goyang::

JEJAKA Y

Senyum

::Setelah puas goyang ke atas bawah kiri dan kanan::

PADILCHAN

Berapa yek?

JEJAKA Y

RM 10.90

Tuesday, June 14, 2011

jangan buat aku ketawa IV

Salam~

Selepas sekian lama aku tidak melihat akaun Nuffnang, tiba-tiba hari ini hati aku terpanggil untuk memlihatnya. Setelah mouse aku mengelik-ngelik link yang berkenaan, terkejut beruk dibuatnya pabila mataku melirik ke arah ...


Haha~ First time ngan bini keling???

Apa yang korang fikirkan. Aku pun tak faham.

Urm, ataupun aku ada buat entry first time ngan bini keling???

Salah aku ke???

Wednesday, June 1, 2011

muhasabah diri~

salam~

pejam celik pejam celik dah clear anak mata aku. what i really want to mean is sudah masuk bulan Jun.

1. Tahniah kepada adik bongsu kesayangan kami sekeluarga (sayang ke???) Noor Sarah Binti Abd Rahim yang telah berjaya menempah kerusi di Politeknik Port Dickson. Beliau bakal melanjutkan pemerahan otak beliau sebagai pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan.

2. Kepada Firdaus Rosli (wah sejak bile aku address name kau camnie???) just lets bygones be bygones. jangan sedih-sedih. tak vogue la kalau sentiasa sedih-sedih ni. i really hope this month will be yours. semoga diketemukan dengan individu yang ... you know what la ... haha~

3. Kepada Cik Siti Nur Nurul Syawana Hamid (pedulik ape aku nak letak name ape haha~) janganlah anda membuli-buli anak-anak praktikal di tempat anda bekerja. sesungguhnya mereka layak untuk menerima layanan yang lebih indah daripada pekerja pekerja asing ditempat saya.

4. Tahniah kepada Cikgu Nur Natasha Aznam (sorry if salah eja nama. hehe~) atas berita gembira. jagalah kandungan cikgu dengan sebaik-baiknya dan dengarlah kata-kata dan nasihat suami tercinta. nanti bila baby dah menjengah ke dunia, Insya'Allah kitaorang datang menjengah jua. btw kalau keluar anak lelaki letaklah nama Mohamad Fadzil, sesunggahnya baby tersebut akan menjadi baby yang paling hensem, bergaya, bijak, pandai & berhati murni seperti empunya blog ini.

5. tajuk entry dengan isi entry adalah sangat berlainan. jadi aku nak tambahlah sedikit muhasabah diri. Sesungguhnya Allah memberi nikmat terhadap hamba tidak kira sekiranya hambanya sedang dalam keadaan taat atau sedang melakukan maksiat kepada-Nya. Nikmat Allah yang diperolehi ketika dalam keadaan bermaksiat (Nikmat al-Istidraa-j) adalah satu nikmat tipu daya yang akan menyebabkan kita terus lalai dan alpa lalu bertambah lebih jauh daripada Allah.

sebenarnya untuk point no. 5 tu ade cerita disebaliknya. nanti la aku ceritakan. nantikan kemunculan entry "Nasi Lemak Kopi O - Kuasa Datuk Melayu & Hujan".

GIVE LIGHT GPS AND PEOPLE WILL FIND THE WAY

Sunday, May 22, 2011

isteri mu, isteri ku lain

Salam & Selamat Sejahtera.

First time for this month, aku greet people properly. In this entry aku mahu bercerita mengenai satu topik yang sangat hangat sekarang iaitu isteri mu isteri ku jua. mula-mula mari lihat gambar dibawah ini.

padilchan bergambar dengan isteri orang

Baiklah terdapat dua isu yang akan aku kupaskan di sini berdasarkan tajuk perbincangan yang telah diumumkan tadi.

1. Kenapa obvious sangat perbezaan warna tangan aku. Adakah aku terlebih buat tanning di bahagian tangan ataupun aku telah mengalami proses pembakaran suria (sunburn).

2. Aku sudah kurus dengan kehilangan 2 inci = 10 kg. Bagaimana aku lakukan? cabaran 14 hari yogurt nestle. haha~

Sebagai konklusi bagi tajuk ini, aku menyimpulkan isu ini memang perlu dikupas oleh para cendiakawan dan ilmuan tersohor di dunia ini untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka tentang isu perbezaan warna kulit dan penurunan berat badan. Sekian, terimalah kasih saya.



p/s: Padilchan Junior menitipkan belasungkawa kepada famili Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner blog Telurdibasuh) yang telah kembali kerahmatullah pada 19 Mei 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H. Al-Fatihah~

Thursday, May 12, 2011

jangan buat mereka ketawa I

Aku masih ingat dengan jelas, bagaikan seperti baru tadi berlaku (memang baru tadi pun).

Tatkala aku dengan penuh bergayanya melangkah masuk ke Fabrication Yard Car Park A untuk mencari-cari kesalahan orang lain (niat dah salah memanglah kena), tiba-tiba aku ternampak mobile crane yang telah lama aku aim. Dengan penuh bongkak, ujub dan sombong sekali lagi aku memulakan langkahku untuk membebel pada crane operator.

Tanah yang kering ku sangkakan kering(ayat keling dah keluar). Belum sempat aku landing safety shoe jenama Devil The Carpenter ini sepenuhnya, sekali

Zaaaaaaap~

Separuh kasut aku tengggelam dalam selut. Nyaris-nyaris aku tak tersungkur menyembah bumi. Dengan berkat keegooan dan kebongkakkan aku, aku gagahkan jua untuk mengangkat kakiku meskipun kemaluan perasaan malu sedang membuak-buak. Cepat-cepat aku pandang sekeliling.

OMG~ Sangat memalukan.

Waduh waduh. Encik-encik bangla yang sedang membengkokkan besi rebar tersenyum sinis memandang aku. Site supervisor sub-contractor yang sedang melepak di situ tersedak terkejut lalu terkentut. Crane operator terlepas picu pemanduan. Ibu mengandung keguguran anak. Anak mengandung keguguran ibu. Burung yang sedang terbang jatuh ke bumi. (Hiperbola untuk menunjukkan seluruh dunia sedang memandang/menghina/mengherdik aku).

Tapi aku still be professional lah. Aku terus ke mobile crane tersebut, cakap apa yang patut dan terus melangkah pergi dengan penuh bergaya (serious aku dah mencanak balik office).

Anyway, thanks to all of my friends yang melahirkan rasa "simpati" korang pada aku. Serious korang memang faham makna simpati. I'm glad to be your friend. Haha~

::Moral of the story::
TANAH YANG KERING JANGAN DISANGKA SELALUNYA KERAS

Wednesday, May 11, 2011

engkau double standard

Salah ke aku bersolat dengan mengenakan Jeans dan T-shirt

Terasa sangat alienated

I know yang korang pakai jubah

But should I wear jubah (and only jubah) baru boleh solat

Selagi pakaian itu suci dari najis

Tak salah rasanya

Islam itu sangat mudah

Yang penting beribadah rite

AND PLEASE SMILE BACK TO OTHERS

Tidak kurang pun pahala anda if smile back to others

Sekian~

Wednesday, May 4, 2011

deep excavation


I'm buried
tertimbus dalam kealpaan dunia


Sunday, May 1, 2011

KLIA 2 Project~

time to get serious. haha~ serious la sangat.

ok sekian lama menghilang akhirnya kembali. haha~ aku mula merapu. in this entry i just wanna summarize my life (for 2weeks) dalam bentuk point-point sahaja. malas menaip sudah~

1. aku semakin hitam. tona kulit aku menurun dari #FFC3AA kepada #2D221E (untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jitu sila rujuk gambar di bawah)

2. for your information, sekarang aku telah menjadi safety and health traniee (just for 3 month, but hope i will get work right after that) di sebuah syarikat pembinaan negara WCT Construction Sdn Bhd. Projek baik punya, KLIA 2.

3. dari parit raja aku berpindah ke mantin (mantin memang vogue) dan dari mantin aku berpindah ke salak tinggi. haha~ so now aku duduk di taman dahlia salak tinggi. dekat dengan rumah nana wooo tapi tak pernah jumpa dia lagi. haha~

4. my body still trying to cope dengan masa bekerja aku. monday to friday from 7.30am to 5.30pm (lately till 6.30pm) and saturday from 7.30am to 1.00pm (for sure aku akan balik jam 1 NO EXCUSES)

5. today 1 mei, labor day. so aku bercuti. haha~ kuala kangsar tetap di hati!!!!

SELAMAT HARI PEKERJA

Wednesday, April 13, 2011

aku vs cheretosinosis

semenjak dari dua hari lepas aku diserang cheretosinosis.

sangat tidak senang duduk dibuatnya.

huhu~

yang keluar dari belakang sama je dengan yang keluar dari depan.

sampaikan otak aku salah mentafsir fungsi anggota berkenaan.

haha~

starting next week my life will totally change

and

i hope my life gets better.

much much better than last few years.

insyaAllah

and

lastly

GOODBYE PARIT RAJA. HELLO MANTIN!!!!

Monday, April 4, 2011

jangan buat aku ketawa III

Last weekend, students INSEP fasa 2/2010 UTHM held an open day at Square One Batu Pahat Johor. Lots of activity had been conducted by the organizer. Dan yang paling menarik adalah performance by Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.

Great job guys. Siap ada peminat bagai. Kalah Konsert Tirai AF malam tu. haha~

peminat penari alaf baru~

::video coming soon::


Monday, March 28, 2011

count me out~

just say what you want.

just decide what you think right.

just do what you want to do.

and

most important thing

just count me out.

Thursday, March 24, 2011

back to basic

Save energy = save money.

Save water = save money.

Less gas = more money.

Skip the bottled water = even more money.

So, why should we waste our money.

Save Environment = Save Money.

Okey guys, time to get serious. At 8.30pm on Saturday 26th March 2011, light will switch off around the globe for Earth Hour. So, saya mengajak kawan-kawan blogger saya untuk turut sama menyertai aktiviti global ini. Hoho~

++Padilchan Junior++

Earth Hour - Proudly Committed

Sunday, March 20, 2011

without a title



Every man has a key to his heart, and knowing his personality assists in identifying the right key to open it.

Sunday, March 13, 2011

enjoy your life~

Sejak dua menjak ini, i learn to enjoy every minute of my life. yups i know sometimes life don't go quite like i planned but i try to enjoy each moment yang ada. and what i get??? kepuasan. serius~

padilchan freed

so guys remember life is not a race, but a journey to be savored every step of the way.


nice vid from matluthfi90

Sunday, March 6, 2011

bari~

bari~ bari~ bari~

jom semua nyanyi lagu bari~

lala~

bari~ bari~ bari~

apa itu BARI???

ini la bari~

*updated on 13 March
bari = babi + biri-biri AKA Mangalitza

Friday, March 4, 2011

kata mereka~

maaf, saya sudah hilang hormat pada anda~

Wednesday, March 2, 2011

kenapa padilchan masih single~

kenapa padilchan masih single?

sebab padilchan tak hensem. haha~

Jadi,dengar sini kaum lelaki.
Sebelum kahwin,jangan sesekali pun anda menghabiskan duit anda untuk gelfen/marka/awek/cewek anda.Simpan dan kumpul untuk kahwin.Risau takut nanti awek merajuk?Pedulikkan.Ada member aku kata,"bila couple keluar,lelaki la kena bayar sebab kita lelaki..." Aku sengih aje la.Pada aku persetankan semua tu.Buat apa aku nak keluar duit untuk seorang perempuan yang aku sendiri tak tau masa depan dia dengan aku ke tak.Melabur gila-gila duit lepas tu dia kahwin dengan orang lain.HAH!
nota kaki: aku tau aku tak hensem dan tak romatik. sekian~

Sunday, February 27, 2011

pemanasan global bertindak sekarang~

mulai sekarang aku bertekad untuk menjadi seorang environmentalist sejati. next entry nak cerita pasal environment dan pemanasan global la... haha~ jangan gelak aku serius!!!

menambah koleksi kad sukarelawan

nota kaki:: baru dapat kad keahlian dah nak kecoh. program tak pernah join. haha~

Wednesday, February 23, 2011

lori tangki terbalik, pemandu melarikan diri

Parit Raja, 23 Feb - Sebuah lori tangki yang membawa muatan penuh minyak kelapa laut afrika terbalik selepas bergesel dengan sebuah kren yang di pandu laju dari arah yang bertentangan. Kejadian yang terjadi jam 3.30 petang (waktu tempatan) menyebabkan pemandu lori tersebut terperangkap di dalam kepala lori tersebut selama beberapa jam selepas berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba yang di import khas dari Uganda Utara. Pemandu kren tersebut pula telah hilang dari tempat kejadian dan dipercayai telah melarikan diri.

Campur tangan pihak askar telah memeriahkan lagi suasana.

Ketika ditemui, Encik Suparman Jantan mencerita saat-saat cemas kejadian kepada pihak media. Sebaik saja tiba di kawasan kejadian beliau telah digesel pantas oleh kren yang bergerak dari arah bertentangan. “Akibatnya, lori yang saya pandu terbabas lalu terbalik di kiri jalan,” katanya. Encik Suparman Jantan merupakan pemandu lori tangki yang terselamat.

Kesesakan yang disebabkan oleh kemalangan.

Berikutan itu, sebanyak 10,920 liter minyak kelapa laut afrika yang dimuatkan dalam lori tangki tersebut tumpah di atas jalan dan kebakaran kecil telah terjadi. Bagaimanapun keadaan menjadi terkawal setelah pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian dan melakukan semburan buih. Tindakan pantas pihak bomba melakukan semburan buih berjaya mengelak kebakaran kecil lori tangki terbabit daripada merebak.

Keadaan yang kelam kabut menyukarkan lagi proses pengundian.

p/s: tahniah GMUKM~

Saturday, February 19, 2011

no word ++

kelong@sungai lurus

itu batu pahat@bukit soga

padilchan@Thosei

putat@gunung berlumut

Friday, February 18, 2011

my geography SCUK~

pontian tepi laut. itulah fakta.

waddapak~

selama ni mati-mati aku ingat pontian tengah-tengah johor.

banyak bukit-bukit.

orang tanam nenas.

again

my geography scuk~

ini bukan pontian. ini pontianak.

photo source Mr. Google

Tuesday, February 15, 2011

Sayangi Bumi Kita

Sunday, February 13, 2011

Allah itu maha adil

Allah itu maha adil lagi penyayang. Setiap individu diberikan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bukan untuk mengecil-ngecilkan keupayaan individu. Tetapi untuk mengajar erti syukur atas kurnian-Nya. Ya, manusia itu tidak sempurna. Bukan dari segi penciptaan tetapi dari segi yang lain. Cubalah untuk menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan gunakan ia sebaik mungkin.

Ada lelaki gagah, tapi takut lipas.

Ada wanita cantik, tapi otak kat lutut.

Ada lelaki kacak, tapi gagap.

Ada wanita ayu, tapi tidak pandai memasak.

Ada lelaki besar, tapi takut tinggi.

Ada wanita cun, tapi ketiak busuk.

dan

yang paling penting

Ada padilchan junior beli tiket harga kanak-kanak.


Aku bersyukur. Allah itu maha adil~

Terima kasih penjual tiket!!!

Wednesday, February 9, 2011

ketam penyebab mandul

ketam boleh menyebabkan kemandulan terutamanya kepada lelaki. saya yakin anda mampu memikirkan kenapa dan saya yakin fakta ini tepat.

haha~

skemA gile ayat aku. tapi ade aku peduli. sebelum terlambat aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang cina di Malaysia dan di dunia ini terutamanya kepada Dr Chan, Mr Tee, Leong, Owen, Gin Chong, Lee, Chong dan bla bla bla (lupe sey nama diaorang).

kay, back to business. ade ke business??? haha~ aku just nak share this picture je.


selamat memerhati dan selamat mendalami. sekian~

Sunday, January 30, 2011

segerombolan budak sangat menggelikan

aku pergi tadika

tadika kemas Parit Karjo

sampai-sampai masuk tadika

dengar cikgu tadika cakap

murid-murid, apa yang cikgu ajar.

kalau orang luar datang melawat

jangan lupa salam orang tu.

ingatkan??

INGATTTTTTTTT~

argh~

aku diserang segerombolan kanak-kanak

27 orang kalau tak silap

salam menyalam dengan aku

wah, sangat geli

mereka sangat kecik

kecik yang menggelikan

aku terkepung

terasa saja mahu ikat mereka

masukkan dalam guni

buang dalam tong sampah

haha~

Friday, January 21, 2011

math equation~

banyak debu-debu

+

deretan bulu hidung

=

kuantiti tahi hidung meningkat



begitulah equation sekiranya anda tinggal bersebelahan jalanraya yang berdebu. anyway aku sebenarnya nak share something interesting dengan korang. jangan segan jangan ragu.

klik di sini

selamat mengamal~

Thursday, January 20, 2011

aku bosan~

aku sangat bosan

cuasa sangat panas

aku sangat bosan



ini ted


jangan marah yek ted. haha~

Friday, January 7, 2011

`11 resolutions

get a job

make lots of new friends

next

.

.

.

.

.

i can't think resolution yang lain selain get a job

maybe next time when i have an idea, aku bagi tau kat korang

haha~

aku semakin membosankan!!

mencharut di tahun baru~

happy new year guys... hope korang bergumbira dalam tahun yang baru ini... tahun baru tapi dunia tetap lama... pencemaran kat sana sini, pembunuhan bermaharajalela, penipuan menjadi-jadi dan bla bla bla...


haha~ tetibe merapu raban.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails